SALJUHUMAIRAH

Saljuhumairah adalah jenama blog yang telah digunakan lebih 5 tahun sejak mula-mula menulis blog sehingga sekarang.  Ia tidak pernah berubah.  Ia juga simbolik cerita zaman belajar di Universiti dulu.


Saljuhumairah - juga merujuk kepada nama anak pertama saya Husna Umaira. Ramai yang terpedaya dengan jenama ini dengan memanggil kakak atau adik.  Strategi yang tidak pernah disangka.  Hakikatnya saya - adalah seorang lelaki.


Ya.  Lelaki Sejati.  Bukan dua alam.



Sekarang bertugas sebagai Penolong Pendaftar Akademik di UiTM Kelantan

Graduan Sarjana Muda Pengurusan Teknologi Pejabat dari UiTM Shah Alam, (dahulu, lebih dikenali sebagai Sains Kesetiausahaan).



Blog pertama bermula pada tahun 2007 saat jumlah blogger masih lagi kurang dan ia masih kekal sehingga sekarang. 



Menggunakan platform percuma blogspot sehingga sekarang (saljuhumairah.)



 
Asal menulis di blog sekadar mengisi masa lapang dari Dunia Kampus lagi.  Secara tidak sengaja mula menjana pendapatan online pertama dengan iklan Nuffnang sehingga menghampiri 4 angka. 


Mengambil keputusan untuk terus serius dengan blog serta bisnes online dan meninggalkan syarikat pengiklanan nuffnang setelah berjaya menjana beberapa pendapatan tanpa disedari melalui affiliate dan Paypal.



Sekarang, lebih fokus kepada perniagaan jenis 'dropshipping' dan sentiasa mendalami ilmu pemasaran internet. 

"In Shaa Allah dalam proses memiliki perniagaan sendiri 'online' & 'offline"

Pesanan untuk yang baru berjinak-jinak dengan perniagaan internet:


"Berniaga Online" sangat susah untuk pertama kali. Langkah pertama dan kuasa tindakan sangat penting bagi langkah seterusnya untuk terus berjaya.



"Tidak semestinya perniagaan perlu selaras dengan ijazah yang diperolehi di universiti"

"Blog adalah sebahagia dari Affiliate Marketing - Jangan keliru"

Hisham @ Saljuhumairah
inersisham84@gmail.com
012-2420437

Facebook

twitter: hishamblog



Back To Top