Sejarah Aku Shopping Online di LAZADA

Yup.


Sekarang trading membeli belah secara online semakin diterima masyarakat Malaysia.


Mungkin manusia semakin malas dan aku pun terkena tempias fenomena ni. Tapi shoping secara online ni kena hati-hati, jangan sampai tertipu sudah.  Kena pandai pilih laman web yang mana boleh dipercayai.


Aku tak pernah beli di facebook direct dengan owner.  



Setakat ni aku hanya beli dari LAZADA.



Dah banyak barang aku shoping di LAZADA.  Sehingga hari ini alhamdulillah semua barang yang aku order sampai dengan selamat dan sangat puas hati dengan perkhidmatan yang LAZADA tawarkan.


Kenapa Aku Beli di LAZADA?



Pertama, terpengaruh dengan rakan satu pejabat.  



Ya.  


Betullah kata orang pengaruh kawan-kawan sangat kuat.  Marketing percuma dari mulut ke mulut adalah kaedah paling berkesan.  Mana tak nya, tengok rakan office terima bungkusan currier syok jer dia buka.  Lepas tu, harga lagi murah dari beli di kedai runcit. 


Contohnya pampers anak.  Masa LAZADA buat sales diskaun gila-gila rakan office siap beli berkotak-kotak pampers, macam nak berniaga. Lagipun pampers barang keperluan wajib beli setiap bulan.


Kedua, kualiti barang sama seperti yang dipaparkan dalam laman web.



Walaupun ada macam-macam komen di LAZADA, kalau korang rajin explore jumlah dengan feedback negative & positif, semua barang yang aku order sama dengan spec yang diceritakan mereka.

Antara barang paling aku puas hati dan rasa berbaloi adalah D-LINK Day/Night IR Wireless Network IP Camera+WiFi Extender DCS-933L.  Kamera CCTV yang aku pasang di rumah.  Barang pun sampai cepat.

lazada malaysia
CCTV yang aku pasang di rumah




Mereka yang rasa tertipu tu aku tak pasti apa masalahnya.  Yang penting sebelum aku buat order, aku akan survey beberapa hari dan buat sedikit kajian. Biar lambat sikit pun tak apa, janji puas hati.  


Orang cakap, alah membeli menang memakai.



Ketiga, produk yang tiada di pasaran offline.



Aku rasa, inilah faktor terpenting yang mempengaruhi aku beli secara online. Memandangkan aku tinggal di Bandar Machang, Kelantan pilihan barang-barang terkini sukar untuk dicari.  Tak sama dengan bandar-bandar besar yang lain. Kalau ada pun di Bandar Kota Bharu.  Itupun kalau aku rajin ke sana.


Tapi, yelah kan... kalau dah keluar dari rumah banyak kos yang terpaksa dikeluarkan.  Minyak kereta, makan minum, masa dan terbeli barang lain yang tiada dalam perancangan.   Mana tahan dugaan bila dah ke AEON Mall atau Tesco Kota Bharu.

Produk yang aku rasa tak jumpa di Machang yang aku dah beli di LAZADA adalah EAST® ET2704 3 in 1 Cordless trimmer Compact Grass Shears and Shrub Trimmer with Interchangeable Blades.  Pemotong rumput yang menggunakan bateri.  


Grass Trimmer beli di Lazada.  InsyaAllah, ada keizinanNya aku review produk nih.



Habis minyak kereta dah aku pusing keliling Bandar Machang cari benda alah ni tak jumpa-jumpa.  Lastly aku order juga dan ia memenuhi expectation aku. Grass Trimmer ni sangat membantu aku bersihkan rumput-rumput yang meliar di kawasan rumah sekangkang kera.  Yelah, rumah teres jer.  Tak perlu kot nak beli mesin rumput yang menggunakan engine patrol.  Nak guna sekali sekala jer.


Sangat puas hati.



Jom shoping di LAZADA.




Smartphone Xiaomi Redmi 3S 3GB RAM + 32GB (GOLD) 


Terkini, aku order smartphone Xiaomi Redmi 3S 3GB RAM + 32GB storage warna emas dari LAZADA untuk adik aku.  Untuk rekod aku dah guna 2 jenis smartphone jenama XIAOMI yang order dari LAZADA.  


XIAOMI adalah jenama smartphone bajet yang mampu milik tetapi mempunyai spec yang agak tinggi berbanding jenama-jenama terkenal lain.  Orang cakap jenama XIAOMI ni tidak berapa popular di Malaysia berbanding janama OPPO dan VIVO,tapi sangat terkenal di luar negara disebabkan ia meniru jenama APPLE


Mula-mula aku ingat Xiaomi ciplak design jer, rupanya sistem dalam pun hampir sama.


Xiaomi Redmi yang first model aku tempah sempena promosi LAZADA untuk Tahun Baru Cina 2014.  Sayangnya, model tersebut jatuh dan cermin crack.  


Alhamdulillah, tempah aku kali ini sampai dirumah seperti tarikh yang dijanjikan LAZADA.


So, sehingga sekarang aku hanya mempercayai LAZADA sebagai platform untuk aku shopping online. Walaupun kenikmatan shopping secara online tidak sama dengan shopping di kedai, sekurang-kurangnya boleh window shopping dan menghilangkan stress.

0 Komentar untuk "Sejarah Aku Shopping Online di LAZADA"

Back To Top