3 Hari Jom Ke Ekspo Selangkah ke UiTM 2017 | Kelantan | Kampus Machang

Okey.


Aku nak ajak rakyat Kelantan ke Ekspo Selangkah ke UiTM 2017.  


Orang KL yang balik kampung sempena cuti sekolah juga boleh datang.



Rundingan Akademik UiTM


Bagi memudahkan calon SPM 2016 yang dah terima keputusan mereka, UiTM menyediakan rundingan akademik bagi memberi nasihat.


Melalui rundingan akademik tersebut, calon atau ibu bapa boleh mendaptkan matklumat yang lebih tepat mengenai: 

  1. Program-program yang ditawarkan di UiTM.
  2. Syarat-syarat kemasukan.
  3. Kelayakan dan kesesuain program.
  4. Cara pemilihan program berdasarkan keputusan yang diperolehi
  5. Strategi pemilihan program

Konsepnya mudah, jika zaman dahulu ibu bapa mendapatkan khidmat nasihat dari saudara mara yang lebih berpengalaman untuk membantu anak mereka membuat keputusan pemilihan program ke Univerisiti.


Sekarang UiTM sendiri menyediakan perkhidmatan tersebut secara PERCUMA.


PERCUMA okeyhh....



Jemput datang beramai-ramai.


Semakan Online (Sistem Selangkah)


Semua calon yang ingin hadir untuk dapatkan khidmat rundingan, boleh lah mencetak senarai program yang layak melalui semakan secara online >>>> http://selangkah.uitm.edu.my


Cetakan sistem selangkah ini memudahkan proses rundingan ini nanti.


Sekiranya anda tak berkesempatan, UiTM menyediakan perkhidmatan semakan online ini.



Ekspo ini berlangsung selama 3 hari iaitu pada 18 sehingga 20 MAC 2017, jam 9 pagi hingga 4 petang yang bertempat di Blok Akademik D, UiTM Cawangan Kelantan, Kampus Machang.









Pameran & Gerai Jualan



Selain dari rundingan, terdapat gerai-gerai jualan dan pameran booth akademik.  Calon boleh dapatkan maklumat terus dari tema fakulti yang sedia mempromosikan fakulti mereka.


Semoga program ini memberi manfaat.


Ekspo ini turut diadakan di Kampus-kampus lain seluruh Malaysia pada tarikh yang berbeza.


0 Komentar untuk "3 Hari Jom Ke Ekspo Selangkah ke UiTM 2017 | Kelantan | Kampus Machang"

Majalah Solusi Digital

Back To Top