Kerja Sambilan Sebagai Seorang Trader Elit

Assalamualaikum... 


okey, 



Aku nak ceritakan dalam entry kali ni pasal kerja sambilan sebagai Trader dari sudut pandangan seorang blogger jahil.


Aku juga seperti korang, Jahil.


Jahil sebab tak tahu.  Nak hilangkan Jahil kena buang jauh-jauh Jahil tersebut dari dalam diri.



Caranya, cari ilmu.  Sebanyak mungkin ilmu.



Kalau aku salah korang-korang tolong perbetulkan.



forex
Paparan Trader Forex



Apa Itu Traider?



Bukan Forex okeh.



Biasanya orang kaitkan trader dengan Forex. Kalau Forex mesti Trader. Dalam bahasa melayu Trader adalah Pedagang.


Kalau sebut Pedagang bunyi pelik sangat.



So, maintain Trader lah selebih sesuai.


Forex adalah perdagangan mata wang.  Sebelum ni saya hanya tahu perdagangan mata wang sahaja.  Tak lebih dari tu.  Sempit sungguh pemikiran.


Setelah menggali pelbagai ilmu, baru lah saya tahu traiders ni banyak lagi.



Sebenarnya banyak platform yang boleh diperdagangkan oleh seorang Traider. Bukan semata-mata Forex.



Ada emas, oil, bitcoin, komoditi dan banyak lagi.  Itu belum cerita bab saham lagi.


Trading online
Ramai Yang Dah Berjaya Buat Duit Dengan Trading, Tapi Senyap-senyap jer diorang



Kelebihan Seorang Traders



Banyak kelebihan kerja sambilan sebagai trader ni.  Antaranya:


  • Tahap kecairan yang tinggi.  Berbanding bisnes yang lain, seorang trader boleh withdraw bila-bila masa yang dia suka.  Contohnya, seorang trader Forex lebih mudah keluarkan duit dia berbanding trader saham.
  • Boleh Trade bila-bila masa.  Zaman sekarang capaian internet non-stop. So, seorang trader boleh buat kerja guna komputer, laptop, hp ataupun gadget yang canggih manggih sekarang.
  • Permulaan modal untuk trade lebih rendah dari perniagaan lain.
  • Trader tak melibatkan orang ramai.  Tak perlu cari orang.  Tak perlu kempen.  Hanya perlu tahu kaedah dan cara yang betul.  Selebihnya bergantung kepada keyakinan, ilmu, kreativiti dan teknik.
  • Boleh cuba dulu.  Kalau trade menggunakan Forex korang boleh buat akaun percubaan dulu.
  • Trade membolehkan kita faham isu kewangan semasa.




Tapi masih bergantung kepada minat.  Kalau anda tak minat tutup blog ni dan jangan baca lagi.



.
.
.
.

Bagi yang minat nak kerja sorang-sorang teruskan...
.
.
.
Sebab trade memerlukan Fokus.



Fokus tanpa gangguan orang lain.



Ketenangan...







Traders Berdagang Dengan FCPO



Wokeh, sekarang ramai trader Forex di Malaysia yang dah beralih ke perdagangan FCPO.


Apa dia FCPO ni? Sekali lagi, ianya bukan Forex. 


Bukan juga Saham, bukan Skim MLM atau Insuran.



Berdagang dengan FCPO tidak memerlukan modal yang tinggi dan ia mengguanakan kaedah sepenuhnya 100% patuh syariah serta diiktiraf oleh Bursa Saham.  Buat duit dengan FCPO tidak seperti perniagaan biasa yang kena daftar Syarikat atau Perniagaan sendiri dan juga tidak perlu sewa pejabat dan bayar gaji atau kwsp pekerja.



Yang penting boleh buat secara sambilan sambil lepak-lepak di rumah jer.


...dan juga tiada kontroversi seperti Forex.


Eh, tak cerita lagi apa tu FCPO kan?




FCPO - Future Crude Palm Oil.


Mudahnya FCPO ni adalah pasaran minyak sawit mentah yang merupakan produk derivatif komuditi di Bursa Malaysia.


Kalau Forex kita memperdagangkan nilai mata wang, FCPO ni kita berdangkan pasaran hadapan (futures) minyak kelapa sawit mentah (crude palm oli).



Nak tahu lebih lanjut tentang FCPO ni korang boleh layan video dibawah.





Uniknya FCPO



FCPO adalah pelaburan 100% patuh syariah berbanding Forex sebab ia berasaskan komoditi atau bahan fisikal.
FCPO juga pelaburan yang selamat dan tiada sejarah penipuan sebab ia di kawal sepenuhnya oleh Bursa Saham Malaysia.
Jika dibandingkan dengan saham, anda boleh buat duit dari FCPO walaupun market sedang "down" atau menurun
Berbanding dengan saham, anda tidak memerlukan modal yang terlalu tinggi untuk mula trading FCPO 








Menarikkan berdagang dengan FCPO ni?


Sebelum korang terus berdagang dengan FCPO ni lebih baik dapatkan ilmu. Jangan main terjah jer.


Sebab?



Aku pernah trade Forex.



Main hentam jer.


Mula-mula okey lah.  Silap langkah, terus rugi dan rugi dan rugi terus.



Beza orang trade yang ada ilmu dan tiada ilmu.



Salah sorang sifu trader FCPO ni adalah Wafi Azian, Pakar Commodity Trading. Belajar dengan dia, InsyaAllah.



trading forex








0 Komentar untuk "Kerja Sambilan Sebagai Seorang Trader Elit"

Majalah Solusi Digital

Back To Top