10 Petua Kerja Sambilan Dirumah

Bila cerita tentang kerja sambilan dirumah aku jadi semangat.


Ia cita-cita dan impian yang mesti aku capai selagi nyawa masih di badan.  Aku terinspirasi dengan kisah Prof. Dr. Muhaya yang banyak mendorong orang ramai supaya berniaga.


kerja sambilan dirumah
"Berniagalah, Rasulullah sendiri pun berniaga..."


Apa pun jua rintangan dan halangan semangat berniaga aku tetap tidak pernah luntur.



Mungkin mewarisi semangat keturunan zaman berzaman keluarga aku.



Aku sedikit tersentuh dengan perkongsian sorang blogger cun Ayu Rasyid.  10 Tips Rawatan Bisnes yang diolah dari nasihat sifu pemasaran Malaysia Dr. Azizan.


Aku rasa, 10 tips ni sangat sesuai untuk siapa-siapa yang bekerja dirumah.  



Aku senaraika disini sebagai persediaan aku sendiri bila dah tak bekerja.





1. Terima Hakikat

Ya, terimalah hakikat kehidupan tentang qada' dan qadar kita sebagai hamba Allah.  Setiap peracangan kita semuanya dalam perancangan Nya.  Tiada sikit pun ada hak makhluk dalam perancangan Allah s.w.t.


2. Kegagalan Bersifat Sementara

Bila hujan ribut melanda, pasti sinaran matahari turut serta.  So, fikir-fikirkanlah.


3. Bersedia Untuk Hidup Hari Ini

Sebagai hamba, masa yang lalu tiada dan masa hadapan belum pasti. Masa yang ada harus disyukuri.  So, "the power of NOW" sangat penting.  Kalau bukan kita yang menggunakan masa sekarang siapa lagi?  Jika tidak ia akan berlepas pergi sebentar lagi.


4. Programkan Minda

Set minda anda.  Dalam Islam disebut sebagai "niat".  Sebab tu setiap amalan yang dibezakan adalah niat.  Begitu juga solat sunat dan solat fardu, yang membezakannya adalah niat.  Niat bekerja semata-mata kerana Allah.  Semata-mata kerana Allah. Semata-mata kerana Allah.  Dengan cara lain, kosongkan minda dan buka seluas-luasnya.

5. Kenali Kegagalan

Jangan ditakutkan sangat sebuah kegagalan.  Kerana dari mengenali kegagalan baru kita kenal kejayaan.  Untuk tahu dan kenal gagal, tempuhi sahaja.


6. Kenali Potensi Diri

Belajar mengenal diri sendiri.  Petua guru saya, sebelum tidur malam, duduk bersila, kosongkan minda, dan berbicaralah dengan diri sendiri. Maafkan semua orang dan matikan diri.  Dari situ, anda tanya siapa diri anda, apa yang anda mahukan.


7. Berdamping Orang Berjaya

Kawan-kawan adalah faktor luaran yang sangat kuat mempengaruhi cara kita berfikir.  So, berkawanlah dengan orang yang berjaya, insyaAllah, tempias kejayaan akan melimpah sedikit terkena kepada kita.  Kiasannya, bila kita berkawan dengan penjual minyak wangi, kita pasti mencium harumannya.


8. Bahagiakan Ibu Bapa

Kita selalu terlupa, dalam banyak-banyak nikmat dan rezeki yang paling hampir dengan diri kita adalah Ibu Bapa.  Doa mereka sentias mengiringi perjalanan hidup kita dari kecil hingga dewasa.  Cuma kita sahaja yang sering mengabaikan mereka.  Siapa yang dah jadi ibu bapa tahulah perkara ini.  So, jangan abaikan mereka.  Kerana mereka sikit pun tak pernah abaikan kita.


9. Kuat Memberi

Ramai orang selalu cakap, lagi banyak kita bagi, lagi banyak kita dapat.  Tetapi, berapa ramai yang mengamalkannya.  Kalau bercakap, budak kecik pun boleh bercakap.  So, jom sama-sama kita niatkan supaya kita sentiasa memberi. Memberi dalam apa jua bentuk samaada tenaga, minda, doa, wang dan pelbagai lagi.


10. Cintai Allah SWT & RasulNya

Untuk mencitai yang lain, cintalah Allah SWT & RasulNya.  Kerana Dia pemilik segalanya.  Dalam hati seorang muslim sikit pun tidak boleh diletakkan selain dariNya dan KekasihNya.  Jauhi syirik, rohani mahupun yang zahir.



Semoga sedikit perkongsian ini membantu anda dalam perjalanan yang penuh dengan likuan.



3 Komentar untuk "10 Petua Kerja Sambilan Dirumah"

Bagus semua petua ni. Kena ikut mana-mana yang boleh.

Petua macam ni memang sesuai untuk yang suka buat kerja sambilan.

Saya dah 6 tahun bekerja dari rumah. Menulis blog dan promosikan program marketing berkaitan.

Semasa hendak bermula semangat perlu kuat. Gagal sekali bukan sebab untuk berhenti. Belajar juga sistem jana pendapatan sendiri di rumah dari masa kesemasa. Insya allah dapat apa yg kita minta

Back To Top