Blogger Penipu Buat Duit Online

Kepada blogger-blogger yang mengaku jutawan tolonglah saya tunjukkan bukti kebenaran 'buat duit' secara online.  Boleh ke dapat duit hanya dengan lepak depan komputer? 


Berapa sen la sangat yang korang dapat dengan 'buat duit' secara online


Mana boleh kaya kalau tak bekerja.  


Apalah sangat blogger-blogger tegar yang perasan jutawan buat menghabiskan masa dan duit bayar line stremyx, P1, broadband, dan lain-lain setiap bulan.  Lebih baik korang pergi menoreh getah.  Getah tu walaupun busuk tetap  boleh bertukar kepada duit beb!
buat duit online


Ramai blogger penipu buat duit online!

Teruk! Sampai tahap macam tu sekali blogger-blogger dicemuh dan dikeji, terutama yang memilih blogging sebagai kerjaya.



Sebenarnya, itulah realiti persepsi manusia lain termasuk saya sendiri semasa mula-mula menceburi arena blog ini.



Awalnya,


Pandangan saya hanya tertumpu kepada blogger-blogger yang bercerita mereka bekerja goyang kaki depan PC melayari internet berjam-jam setiap hari untuk 'buat duit' secara online.


Berdasarkan akal yang cetek ini, cepat betul saya 'condemn' usahawan-usahawan yang berusaha mencari rezeki halal melalui internet. Walaupun ramai juga yang menipu.


Saya hanya menganggap ia hanyalah mengkisahkan cerita-cerita dogeng yang menjadi mitos purbakala dikarang sebaik mungkin untuk menipu.  Sedetik pun tidak melihat dari sudut positif.  Tambahan pulan 5 tahun lepas, banyak penipuan berlaku di internet dilaporkan didada-dada akhbar.  



Banyak juga skim cepat kaya yang telah merugikan duit ramai rakyat Malaysia.



Rupa-rupaanya, persepsi ini adalah batu loncatan untuk saya belajar mendalami ilmu 'blog' seterusnya menjana pendapatan melalui internet.  Perasaan tidak percaya sedikit demi sedikit hilang dalam hati.  Pecerahan demi pencerahan terpancar.



Dan, nampaknya ia semakin pudar.


Rasa lega dihati, walaupun sesi perkenalan dengan dunia 'blog' melalui proses yang penuh dengan perasaan negatif dalam lubuk hati rupanya membuka ruang yang lebih luas untuk saya menjana pendapatan sampingan melalui internet.



Pengalaman pertama saya hanyalah berjaya mendapatkan RM180.00 dimasukkan ke dalam akaun melalui satu syarikat pengiklanan tempatan.  Ia sudah cukup membuktikan kepada saya 'buat duit' secara online bukan sekadar dongengan.  Mereka tidak menipu.



Seterusnya hati ini tenggelam dan jatuh cinta dengan dunia blog.  Saya mengorak langkah yang lebih jauh lagi dengan mendalami ilmu pemasaran internet.  Yang paling terkini, saya memberanikan diri meceburi perniagaan produk fizikal melalui internet melalui kaedah 'dropship'.




Saya tidak akan berpaling lagi dan saya memohon maaf kepada blogger-blogger yang pernah saya kutuk dulu.  Bersama-sama kita memerangi skim cepat kaya yang memburukkan industri perniagaan internet tanah air.  Jangan sampai negara kita menjadi tempat skim cepat kaya bermaharajalela.  Jangan biarkan orang anggap kita (blogger) sebahagian dari kisah dongeng semata-mata.



Blogging hanyalah satu cara @ kaedah bagi proses menjana pendapatan sampingan secara "online". 



p/s: Kepada anda yang baru berjinak-jinak ingin menjana pendapatan online, saya cadangkan mulakan dengan yang PERCUMA dahulu.


Dua platform Percuma yang boleh dikongsikan:

1.  Buat duit dengan Affiliate:  Jomniaga

2.  Buat duit dengan Dropship: Edymall


Mulakan langkah pertama dengan belajar selok belok perniagaan online melalui dua kaedah ini dulu.
Tag : BUAT DUIT
16 Komentar untuk "Blogger Penipu Buat Duit Online"

Nampaknya sudah banyak blogger saljuhumairah ini menjana duit dengan berblogging..syabas dan tahniah..teruskan usaha..tiada rezeki yg mudah diterima tanpa usaha yang berterusan..

Alhamdulillah... terima kasih tuan... semoga perkongsian ini bermanfaat...

kalau ada kemahuan semua boleh tercapai tiada yang mustahil...

Syabas..belum cuba tak tahu..dah cuba terus suka kan..

Rezeki ada di mana-mana walaupun hanya bekerja part time dihadapan Komputer... ;)

Yup... setuju sangat... seperti ajaran orang dahulu, jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya...

walaupun 5 tahun mengambil masa yang sangat lama untuk matang dalam bidang ini, tetapi tetap puas hati dengan apa yang telah ditempuhi...

Puan Muhaniza,

Thanks... sampai juga kesini... asalnya mengisi masa lapang... lama-lama dah jadi hobi tetap.. then, tak boleh nak tinggal dah...

Sekarang dah ada cara shortcut untuk berjaya dalam dunia blog setelah ramai yang menerokai...

dunia blogging ini penuh dengan cabaran dan rintangan... teruskan berblog...

Kadangkala kita hanya padang rezeki pada duit sahaja...kan...

Thanks... memberi semangat kepada blogger lain untuk terus berjaya...

yang penting, kena hati-hati dan bijak memilih.

buat duit secara online biarlah dengan cara yang halal. sebanar nya boleh jadi blogger sepenuh masa tetapi harus gigih

terima kasih cikgu... belajar dari kesilapan memilih lalu...

nak jadi blogger berjaya...perlu persiapan diri dari segi mental dan fizikal... :)

Kalau nberusaha , akhirnya akan berjaya jua

Niy macam susah je..kene cari pelanggan nak jual produk,,ada ke orang nak order,,takot dorang scammer je...n

Perkongsian yang hebat..

Jom buat DUIT online dan INCOME pun hebat...
tidak perlu modal..
tiada penipuan..

Bisnes ape ni wei? berbelit2.. Apa yang nak dirahsiakan?
1. Bukan Rahsia lagi kalau anda join
2. Dah join, anda pasti akan kata.. ''SENANGNYEEE''
3. Lagipun, Mungkin Ini namanya REZEKI!

JOM…… Jgn ketinggalan
Buat Duit Dari Rumah...

http://Youthweeklypay.com/?invite=127633

http://MegaStoon.Com/?share=282869

http://MegaStoon.Com/1/?share=282869

Hi Pengusaha Internet

Website anda muncul pada page 2 dalam carian "buat duit online" di mana ia berpotensi untuk menjana pendapatan yang lumayan.

Di Malaysia, terdapat satu program CBP Plus (Career Builder Plan) yang disediakan oleh syarikat mlm No 1 di Malaysia, Elken.

Anda mungkin berminat dengan program ini di mana 100 jutawan telah dilahirkan. Baru-baru ini ramai yang dapat RM8,500 sebulan dengan program CBP Plus. Website anda berpotensi untuk membantu anda berjaya.

Maklumat selanjut di http://www.jomcariwang.com/

Terima Kasih.

Majalah Solusi Digital

Back To Top