Segmen Senarai Blog Awal Tahun 1434H | T-Shirt dan Buku PERCUMA

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera

Salam Maal Hijrah 1434H untuk semua.

Sempena sambutan awal tahun baru Hijrah 1434H saya ingin mengemaskini senarai blog yang aktif untuk blogwalking dan menambah sahabat blogger saljuhumairah melalui "Segmen Senarai Blog Awal Tahun 1434H."

Kelebihan untuk peserta segmen:
  1. Semua peserta akan disenaraikan dalam "Senarai Blog Awal Tahun 1434H".
  2. 1 blog akan di hadiahkan sehelai T-Shirt Bacalah (Iqra').[warna: HITAM]
  3. 2 blog akan di hadiahkan senaskah buku Mudahnya Menjemput Rezeki - Terbitan Galeri Ilmu.
  4. 5 blog akan di hadiahkan senaskah buku Menyingkap Tirai Syukur - Terbitan Mustread Publication.
  5. 10 Blog terbaik akan di "review" untuk sahabat blogger lain menerjah - rujuk statistik terkini pengunjung dibawah.
Syarat penyertaan:
  1. Terbuka kepada semua blogger Islam
  2. Follow blog.
  3. Buat Entry tajuk : "Segmen Senarai Blog Awal Tahun 1434H"
  4. Kandungan Entry: (a) Letak banner diatas (b) Kenalkan diri secara ringkas (c) Tujuan bloging? (d) Impian sebagai blogger.
  5. Tempoh Penyertaan : 1 Muharram  (15 November) - 30 Muharram (14 Disember).
  6. Tinggalkan link entry di ruang komen dibawah.
  7. Sebarang pertanyaan boleh berhubung melalui email: inersisham84@gmail.com 
  8. Kemaskini blog peserta akan disenaraikan dalam entry blog yang lain.
Sebarkan juga kepada sahabat-sahabat blogger yang lain. 


T-Shirt "Bacalah"
Buku: Mudahnya menjemput rezeki
Buku: Menyingkap tirai syukur
~~~~~

Terdetik nak semak statistik pengunjung blog saljuhumairah awal tahun ini.  

Jujurnya jumlah pengunjung tak adalah banyak sangat jika hendak dibandingkan dengan blog ternama yang lain.  

Tetapi ada peningkatan yang postif sebagai bekalan motivasi untuk terus menghidupkan laman usang ini dengan hanya menggunakan platform blogspot percuma sahaja.

Alhamdulillah, jumlah keseluruhan blog ini telah mencecah 1,019,937.



Semua statistik dibawah adalah "unique view" yang diambil dari nuffnang analytic

Statistik dibawah adalah jumlah pengunjung untuk minggu ini - hujung tahun Hijrah.


 Dibawah adalah statistik untuk minggu lepas.


Statistik berikut adalah untuk bulan akhir sebelum tahun baru 1434 H. Berlaku penurunan kerana saya telah remove code Nuffnang selama 15 hari...



0 Komentar untuk "Segmen Senarai Blog Awal Tahun 1434H | T-Shirt dan Buku PERCUMA"

Majalah Solusi Digital

Back To Top