Sabtu, 24 November 2012

Maksud Lirik Lagu Teman Pengganti | Malique Ft. Black

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera

Sejak kebelakangan ini lagu-lagu nyanyian dan ciptaan Malique menjadi siulan ramai anak muda.  Ada sanggup menghafal bait-bait puisi panjang yang di "rap" kan oleh beliau. 

Terdetik dihati ini ingin mencari apa yang menyebabkan ia semakin popular dan menigkat naik.

Salah satu sebabnya adalah terletak pada lirik yang mengajak masyarakat berfikir.  Bukan kata-kata kosong yang sia-sia.  

Ia benar-benar mendidik pemikiran peminat yang mendengar sama sperti lagu-lagu dendangan artis rock dulu-dulu.  Sama juga dengan hasil ciptaan arwah loloq, M. Nasir S. Amin Sahab dan lain-lain.

Jika sekadar mendengar muzik hip-hopnya mungkin tidak sampai massage yang beliau ingin khabarkan.  Semua liriknya perlu ditafsir sedalam-dalamnya.

Lagu terkini yang hangat dibincangkan "Teman Pengganti" dendangan Malique bersama Black artis Mentor TV3.

Disebalik puisi indah yang di bicarakan oleh Malique bersama alunan melodi vocal dari Black tersimpan rahsia makna yang mendalam. 

Mungkin setiap individu akan menafsirkan mengikut pandangan dari sudut ilmu masing-masing.  Saya tidak pandai untuk menafsirnya sendiri. 

Namun, selepas beberapa carian melalui google saya terjumpa satu tafsiran dari seorang blogger wanita (Mencari Diri) yang sungguh membuatkan diri saya teruja dengan lagu "Teman pengganti".

Beliau seorang blogger yang rajin menafsirkan lirik-lirik lagu yang mempunyai maksud mendalam seperti ini.  Namanya Sofya Hamid.  Masih lagi belajar di Universiti Putra Malaysia. Telah berkahwin.


Antaranya lirik lain yang menarik perhatian saya adalah:
  1. ~~Pelayaran by May~~
  2. ~~di sebalik lirik AKU MAAFKAN KAMU~~
  3. ~~di sebalik "KIAS FANSURI by M.NASIR~~ 
  4. ~~Di sebalik "Kepadamu Kekasih" 
  5. ~~di sebalik lirik "Bengang by Mantera"~~ 
  6. ~~di sebalik lirik "PENGHUJUNG RINDU" - Jamal Abdi... 
  7. ~~di sebalik lirik "LASKAR CINTA"- Dewa~~ 
  8. ~~maksud islami lagu "KEKASIH AWAL DAN AKHIR-Jamal... 
  9. ~~di sebalik lirik "SUFI"- Damasutra~~ 
  10. ~~di sebalik lirik "BAWAKU PERGI" - kaka feat ziza... 
  11. ~~di sebalik lirik "SESAT DALAM RINDU" (Damasutra)... 
  12. ~~di sebalik lirik "ASYIK" (Damasutra)~~ 
  13. ~~di sebalik lirik "SATU" (Dewa19)~~ 
Saya tampalkan disini Maksud Lirik Lagu Teman Pengganti | Malique Ft. Black supaya ramai lagi yang boleh membaca dan menghayatinya.  Semoga ianya bermanfaat.

~~Disebalik lirik "Teman pengganti"- Malique ft black~~




~~Ketawa bersama… menangis bersama… ku bersumpah harap kita mati pun bersama…

~~sejak dua menjak ini… makin kerap ku diganggu visi… bila celik juga bila mimpi… aku Nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi… dia membelaimu dengan izin dan permisi… sentuhan katanya semuanya kau iakan… sentuhan jari kau diamkan dan biarkan… aku redha walau tidak ku damba… walau hampa semuanya dah dijangka…

~~Beberapa purnama dulu cinta bertakhta… kenangan dibina kita indah belaka… ketawa bersama menangis bersama…. Namun hakikatnya bukan mudah… aku sembunyikan gulana gundah…. Segalanya kan berubah… dengarkan apa yang ku mahu luah…

~~Rahsia ini telah lama aku pendamkan… tiba masanya segala-galanya ku ceritakan… aku kan pergi… pergiku tak akan kembali… tiba masanya kau cari teman pengganti…

~~Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias… kita tak terlepas dari terkena tempias…. Rimas ditindas sembunyi dalam puisi dan kias… tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas… hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks… dalam disleksia cuba kekal dalam konteks… bila dunia seolah tak memahami… kau sudi selami, dalami dan mengalami…

~~Setia mendengar, sentiasa hadir… ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir… tiba pagi syawal kaulah yang terawal… syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal… 70 ribu hijab harus ku singkap… ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap…

~~Dalam diam ada seorang ku puja… kau teristimewa tapi dia yang sempurna…

~~Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan… dalam persekitaran yang penuh dengan kejumudan… terperangkap dalam jasad, ku keliru… mujur ada kau si peneutralisasi pilu… namun aku tetap murung, berkurung… tubuh makin susut menunggu tarikh luput… komplikasi di halaman rusuk kiri, makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri…

~~Lagu ini yang terakhir aku sajikan… kalau rindu nanti boleh kau nyanyikan… jaga diri jangan makan hati… yang patahkan tumbuh, yang hilang kan berganti…. Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi… cincin, kunci dompet dalam laci… ada sikit wang itu saja baki… moga-moga cukup untuk majlis itu nanti.

~~Aku kan pergi…bertemu kekasih abadi… tiba masanya kau cari teman pengganti…~~

***
(Makna Lirik)

~~Lagu Teman Pengganti seolah-olah menggambarkan keadaan dan perasaan Diri kepada diri. DIRI mengharapkan mereka berdua (DIRI dan diri) akan kekal bersama sehingga akhir nyawa sang diri.

~~Namun harapan itu seakan terkubur apabila DIRI melihat di samping diri bukan DIA lagi. Bahkan sesuatu yang bersifat jahil (keduniaan) sedang menemani diri. Ini bererti sang hamba semakin lalai dengan nikmat dunia sehingga secara tidak sedar telah melupakan DIA.

~~Rangkap ketiga, mengimbau peristiwa di mana sang hamba sedang asyik bercinta dengan DIA, segalanya indah. ‘Ketawa bersama, menangis bersama’ diertikan sebagai kehidupan yang adakalanya sukar dan adakalanya menggembirakan. DIA sentiasa ada bersama hambaNya. DIAlah perungkai masalah hamba yang dikasihiNya.

~~Rahsia apakah yang bersifat terpendam? Itulah rahsia antara DIA dan hambaNya. Rahsia yang jelas dinyatakan  tetapi perlu mencari untuk melihat apa yang tersirat didalam tersurat.  Sesungguhnya Allah itu Maha Pemberi Petunjuk. Selangkah kita melupakan DIA, selangkah jua DIA melupakan kita. Tetapi harus beringat akan azab yang menanti. Maka, nikmat yang manakah harus kita dustakan? Tuhan yang bagaimana boleh menjadi penggantiNya?

~~Rangkap kelima, mengisahkan tentang sang hamba yang akhirnya mengakui kebenaran cinta hakiki. Mahabbatullah. Dalam dunia pancaroba, DIA tidak terlepas dari terkena tempias. makhlukNya sendiri yang mendustakan agamaNya. makhlukNya sendiri menghina DIA. Tetapi, hamba yang menjadi kekasihNya, hamba yang mengenaliNya, hamba yang mencintaiNya… pasti tidak akan terusik dengan perkara sebegitu. Mereka ini adalah golongan yang tetap dengan pendirian dan tetap imannya. Hanya golongan ini yang memahami isi dan ayat sebenar “naskah lama” (al-Quran)walaupun masih sukar, namun tetap dengan keadaan itu.

~~Rangkap keenam bermaksud, situasi sang hamba dalam keadaam penyerahan diri kepada Allah.
- ‘Setia mendengar’.. itulah lafaz zikrullah
- ‘Sentiasa hadir’… itulah keadaan diri bertemu DIRI
- ‘Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir’… simbolik kepada sebuah perhubungan yang erat. Setiap apa mengenai DIA, sudah kukuh terpatri dalam hati sanubari. Mana mungkin ada yang mampu menggugahnya.
- ‘Syawal’= sinonim dengan bulan menyambut aidilfitri, juga kemenangan umat Islam yg berpuasa. Namun, dalam lagu ini berbeza maksudnya. Maksudnya di sini adalah kemenangan seorang hamba yang beriman dalam peperangan menentang hawa nafsu.
-‘kaulah yang terawal’ merujuk kepada DIRI.
-’70 ribu hijab harus ku singkap’ bermaksud penyerahan tahlil kepada 7 manusia penting setiap seorang sebanyak 70 ribu.
-‘ku sorok kitab balik tingkap hinggap’ merujuk kepada ilmu hakikat yang bersifat tersembunyi bertujuan untuk menjernihkan DIRI yang bagaikan terpenjara. Inilah yang dimaksudkan dengan ‘sucikanlah nama tuhanmu dengan zikrullah’.

~~Rangkap ketujuh: kembali kepada keadaan penulis, dia menyatakan bahawa dunia itu istimea baginya, namun tidak dapat menandingi keistimewaan dan kesempurnaan Allah.

~~Penulis masih mencari  fungsi wujudnya dia. Dia keliru dan terperangkap dalam diri, mujur ada si peneutralisasi (Allah),
-‘murung berkurung dan tubuh kian susut’ menggambarkan keadaan diri penulis yang benar-benar cintakan Allah. Dia hanya menunggu ‘maut’ datang menjemput untuk bertemu DIA.
-komplikasi di halaman rusuk kiri’ simbolik kepada kedudukan jantung dan hati. Penuhkan hatimu dengan DIA.. degupkan degupan jantungmu berserta DIA (zikir).

~~’Lagu ini yang terakhir aku sajikan’ bermaksud ucapan zikrullah itu sendiri. Ucapkan nama DIA dikala rindukan DIA. Jaga DIRImu yang telah bersih, jangan dikotorkan kembali.
-‘Jangan makan hati’ simbolik kepada pengotoran hati
-‘Yang patahkan tumbuh, yang hilangkan berganti’ bermaksud lawanlah hawa nafsu sehingga diganti nafsu itu dengan nafsu mencintai Allah.
-‘bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi’ simbolik kepada pembersihan hati yang hakiki.
-‘cincin, kunci , dompet dalam laci’ simbolik kepada keduniaan.
-‘wang’ simbolik kepada jumlah amalan, semoga cukup untuk suatu perjalanan yang jauh.

~~Aku kan pergi… bertemu kekasih abadi…tiba masanya kau cari teman pengganti…~~

Wallahu’alam

Sumber: Mencari Diri

Saljuhumairah
Ditulis oleh saljuhumairah

Membina Peluang kerja sambilan di rumah melalui penulisan blog. 'Menulis Blog' tentang kehidupan sejak 2008. Misinya membantu manusia meningkatkan kualiti hidup agar dunia lebih aman dan makmur.

Catat Ulasan

100% Percuma Melanggan

About Me

Foto Saya

I love Reading Books, Bloging and Business Online