LAZADA

GADGET MURAH@LAZADA

Pakej Broadband 1 Malaysia Terbaru | RM25 Sebulan | 1G Download Quota

Pakej Broadband 1 Malaysia Terbaru | RM25 Sebulan Unlimited | 1G Download Quota| Berbaloi dan Jimat | Kebaikan dan Keburukan Yes

Assalamualaikum w.b.t.

Selepas kejayaan pakej broadband SKMM 1 Malaysia Celcom dan Maxis, sebuah lagi syarikat telekomunikasi 4G melancarkan produk yang hampir serupa. 

Yes, seperti ramai sedia maklum, menawarkan internet mudah-alih yang paling laju di Malaysia, dan didatangkan dalam beberapa pilihan pakej pra-bayar. Terkini, ia dilihat, Yes turut menambah pakej khas dinamakan 1Malaysia Valuepack pada tawaran mereka. - Amanz.my



Melalui pakej khas ini, ia menawarkan penggunaan data sebanyak 1GB pada harga cuma RM25. Bagi para pengguna yang menggunakan internet secara minima, mungkin ia merupakan salah satu pilihan pakej yang menarik, dan boleh melakukan penjimatan sebanyak RM5 jikalau dibandingkan dengan pelan penggunaan biasa.

Selain itu, pakej 1Malaysia Valuepack juga turut membawakan penambahan seperti panggilan percuma diantara rangkaian Yes selama 100 minit, dan juga SMS percuma sebanyak 300 mesej diantara talian Yes.



Bagi anda yang menggunakan atau ingin mencuba pelan Yes, mungkin ini adalah salah satu pilihan yang menarik untuk anda, disamping mengekalkan tempoh aktif talian Yes anda.

 Kelebihan Yes berbanding pakej yang ditawarkan oleh Celcom dan Maxis sebelum ini:
  1. Pengguna boleh mengekalkan nombor telefon sedia ada kerana ia tidak menggunakan sim kad baru.  Bermakna kita tidak perlu menukar nombor telefon baru.
  2. Boleh buat panggilan telefon dan ia adalah prepaid! bukan postpaid.
  3. Pakej 1 Malaysia Yes menawarkan 100 minit panggil percuma (Yes to Yes Only) dan 300 sms percuma (Yes to Yes Only).
  4. Saiz data paling besar berbanding syarikat-syarikat lain iaitu 1G. (Celcom Broadband SKMM Prepaid RM25 menawarkan 800MB dan Maxis Broadband SKMM Prepaid RM25 hanya 700MB)
  5. Streaming youtube paling pantas.  Rakan-rakan dan abang sendiri yang telah menggunakan perkhidmatan Yes setakat ini memuji kelajuan yang ditawarkan mereka. (Saya sendiri berpengalaman meluncur laman web menggunakan broadband Yes. Memang Terbaik.)
Keburukan? Setiap yang bagus mesti ada kelemahan bukan?
  1. Satu sahaja keburukan Yes yang saya tahu...  Liputan Yes di Malaysia masih terhad.  Hanya dikawasan tertentu saja yang boleh mencapai tahap kelajuan yang maksimum. Kawasan tempat tinggal (Machang, Kelantan) saya langsung tak ada. Bila la Yes nak sampai ke Kelantan?  Terpaksa saya mencari altenatif yang lain.
  2. Semak coverage Yes di kawasan anda di sini. http://www.yes.my/v3/coverage-check.do ada tak? Tengok gambar dibawah, negeri Kelantan langsung tak ada coverage.  Kalau pihak Yes baca blog ni, mohon untuk meluaskan capaian Yes ke Negeri Kelantan.


Sumber: Amanz.my

p/s: Maklumat lanjut sila ke laman Yes sendiri: 1Malaysia Valuepack

0 Komen:

Catat Ulasan

Masukkan EMAIL Anda Info Terkini Kerja Sambilan Dirumah:

FB

Hisham Mohamad