Khamis, 5 April 2012

Wajah-wajah Raja Dato' Seri Ashman Shah ibni Sultan Azlan Shah

Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera,

Entry ini adalah untuk memperingati Raja Ashman anak kepada Sultan Perak.  Negeri Kelahiran saya.  Saya tiada maklumat untuk taip entry sendiri.  So saya copy and paste dari dua blog dan beberapa keping gambar.

Entry copy and paste dari blog berikut:

  1.  decrewz
  2.  Tongkat Ali



Raja Ashman Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah (lahir 28 Disember 1958 ialah Raja Kecil Sulung Perak Darul Ridzuan yang ditabal pada 11 Mei 1987. Raja Ashman dilantik menjadi Raja Kechil Sulong Perak pada 16 Mac 2010.

Raja Ashman Shah Mangkat Pada 30 Mac 2012

Keluarga

Raja Ashman Shah adalah anak ketiga Sultan Perak daripada lima adik-beradik iaitu Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah, Datuk Seri Raja Azureen, Datuk Seri Raja Eleena dan Datuk Seri Yong Sofia.
Raja Ashman Shah berkahwin dengan pelakon filem Datin Seri Noraini Jane Kamarul Ariffin. Mereka mendapat seorang anak lelaki dan dua anak perempuan iaitu Datuk Ahmad Nazim Azlan Shah ,Raja Eminah Alliyah dan Raja Bainunisa Safia.

Pendidikan

Raja Ashman Shah mempunyai :
  • Diploma dalam Undang-undang Perniagaan daripada Universiti London, England;
  • Ijazah Sarjana Muda dalam Ekonomi daripada Universiti Nottingham, England
  • Ijazah Sarjana dalam Undang-undang daripada Universiti Cambridge; dan
  • Barrister-at-Law daripada Lincoln’s lnn, London.
Dalam bidang agama , Raja Ashman Shah pernah belajar dengan Syeikh Muhammad Nazim Al Haqqani - tariqat Naqshabandiah Aliyah . Baginda dilihat biasa berserban besar .

Sejarah Hidup

Almarhum Raja Ashman Shah aktif dalam sektor korporat dan memegang pelbagai jawatan penting dalam beberapa syarikat antaranya selaku Pengarah Bebas Bukan Eksekutif di KKB Engineering Bhd dan Kian Joo Can Factory Bhd.
Almarhum Raja Ashman Shah pernah menjadi Pengarah Eksekutif Kanzen Berhad, Pengerusi Dwitasik Sdn Bhd dan Pengarah Sanyo Industries Malaysia.
Baginda yang juga penyokong setia pasukan hoki negara turut aktif dalam aktiviti sosial dan kebajikan terutama di bawah Yayasan Sultan Azlan Shah.
Baginda telah dianugerahkan Darjah Seri Paduka Cura Simanja Kini (SPCM) dari kerajaan negeri Perak pada 18 April 1988 yang membawa gelaran ‘Datuk Seri’.

Meninggal dunia

Pada 30 Mac 2012,Datuk Seri Raja Ashman Shah ibni Sultan Azlan Shah (54 tahun) mangkat di kediamannya no 25 Jalan Setia Kasih 5, Bukit Damansara, Kuala Lumpur akibat serangan asma. Setiausaha Sulit kepada Sultan Perak Kol Datuk Abdul Rahim Mohamad Nor menjelaskan bahawa jenazah dibawa ke Masjid Ubudiah, Bukit Chandan di Kuala Kangsar. Sembahyang jenazah diadakan diadakan di Masjid Ubudiah dan dikebumikan di Makam Diraja Kuala Kangsar.
Sumber: decrewz
Berita berikut saya copy & paste dari blog ini: Tongkat Ali
Berita kemangkatan YAM Datuk Seri Raja Ashman Shah Sultan Azlan Shah, 54,   akibat serangan asma di kediamannya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur, pada kira-kira jam 1.30 pagi, Jumaat  30 Mac 2012 telah mengejutkan  seluruh pengikut Tariqat Naqshabandi di seluruh dunia.
Pemimpin tariqat tersebut,  Sheikh Hashim Kabbani telah menyeru melalui blognya kepada  seluruh pengikutnya di seluruh dunia supaya mengadakan bacaan tahlil, Yasiin dan solat jenazah ghaib kepada jenazah Almarhum.
Menurut kenyataannya;
“Lidah tidak dapat mengungkap simpati dan kasih sayang kami kepada Raja Asman, ia merupakan satu kehilangan besar kepada Maulana Sheikh Nazim Haqqani dan semua murid.”

Almarhum Sheikh Raja Ashman Ibni Sultan Azlan Muhibbudin Shah
Raja Ashman yang tidak kekok berserban serta berjubah dikenali sebagai penaung tariqat Naqshabandi yang amat dihormati di seluruh dunia.
Baginda sentiasa mengadakan majlis zikir di kediaman Bukit Damansara setiap malam Jumaat. Baginda dilaporkan mangkat sejurus majlis zikir pada malam berkenaan.

Almarhum Sheikh Raja Ashman Shah

Sheikh Raja Ashman Shah...Baginda adalah Raja yang warak lagi zuhud serta tinggi budi pekertinya.

Raja Ashman Shah tidak kekok berjubah serta berserban.

Kenangan...Raja Ashman sedang meruqyah air untuk dijadikan air penawar.
Raja Ashman yang terkenal dengan sifat mesra rakyat, diputerakan pada 28 Disember 1958 di Pulau Pinang sebelum dilantik sebagai Raja Kechil Bongsu Perak pada 11 Mei 1987 diikuti Raja Kechil Tengah Perak pada 10 Mac 1998 dan Raja Kechil Sulung Perak pada 16 Mac 2010.
Baginda  adalah anakanda ketiga Sultan Perak daripada lima adik-beradik iaitu Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah, Datuk Seri Raja Azureen, Datuk Seri Raja Eleena dan Datuk Seri Yong Sofia.

Raja Ashman bersama dengan Habib Ali al-Jifri dan Shaykh as-Sayyid Muhammad Nazim 'Adil al-Haqqani

AL-FATIHAH. Semoga Allah menempatkan Almarhum dalam kalangan para Anbia, syuhada serta solihin.
Baginda memperoleh Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari University of Nottingham, Britain pada 1981 diikuti Diploma Pentadbiran Undang-Undang Perniagaan University of London serta Sarjana Undang-Undang dari Cambridge University pada 1985.
Baginda  juga memegang Ijazah  dalam dalam pengajian ilmu  tasawuf  Naqshabandiya Haqqaniya  dari Syaikh Sayyid Muhammad Nazim ‘Adil al-Haqqani, Mufti Besar Cyprus dan Imam Naqshbandiya-Haqqaniya.

AL-FATIHAH
MARILAH KITA SAMA-SAMA MENGHADIAHKAN AL-FATIHAH DAN BACAAN SURAH YASSIN BUAT INSAN YANG DIKASIHI ALLAH SWT.
SEMOGA ROH YANG AMAT MULIA DILETAKKAN DITEMPAT YANG TERPUJI BERSAMA ORANG-ORANG YANG MENDAPAT KEMULIAAN DISISI ALLAH SWT. AL-FATIHAH

Share |

Saljuhumairah
Ditulis oleh saljuhumairah

Membina Peluang kerja sambilan di rumah melalui penulisan blog. 'Menulis Blog' tentang kehidupan sejak 2008. Misinya membantu manusia meningkatkan kualiti hidup agar dunia lebih aman dan makmur.

1 Komen:

Tanpa Nama 7 Ogos 2013 12:09 PTG

Slm tuan, di sblah kanan Sh Raja Ashman QS tu bukan Habib Ali Al Jifri. Itu Mawlana Sh Hisham Kabbani QS, Khalifah Mawlana Sh Nazim QS dlm tariqat Naqshbandi. Hrp tuan dpt buat sdkit study for next time wlupun artikel ni copy paste. Trma ksih ya.

Catat Ulasan

100% Percuma Melanggan

About Me

Foto Saya

I love Reading Books, Bloging and Business Online