Travelog ke Muzim Terengganu | Catatan Peribadi

Travelog Muzium Terengganu, Kuala Terengganu 

Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera,

Entry malam ni adalah entry bergambar perjalanan ke Muzium Terengganu.  Dah lama nak buat, malam ni baru ada kesempatan.   Sebenarnya, lawatan ke muzium ini tidak disengajakan selepas pulang dari urusan rasmi ke UiTM Terengganu, Kampus Dungun dalam bulan Mac lepas bersama kakitangan HEA UiTM Cawangan Kelantan.

Note: Gambar-gambar untuk entry ini menggunakan smartphone Samsung Galaxy W (Wonder). 5 Mega Pixel jer.

Saya berkunjung ke sini tepat jam 12.00 tengahari bersama 2 kakitangan HEA UiTM Cawangan Kelantan En. Nazran & En. Tarmizi.  Tak ramai sangat orang waktu ni, mungkin hari bekerja (Ahad - Hari bekerja bagi negeri Terengganu, Kelantan dan Kedah)


Mula-mula sampai sini, kami agak keliru dengan pintu masuk utama sehingga tersesat ke pejabat pengurusan muzium sehinggakan terpaksa bertanya kepada pengawal dimana pintu masuk muzim.  Sebab kawasannya sangat luas.  Tak silap saya, muzium terengganu adalah terbesar di Malaysia.

En. Nazran dan En. Tarmizi masing-masing berbalah sama sendiri di mana lokasi yang betul pintu masuk utama muzium.  Akhirnya, kedua-dua kecewa.  Saya hanya jadi follower jer....
 

Sangkaan kami nak ikut tangga ni, rupanya ia menuju ke arah pejabat dan pintu ditutup.


Setelah bertanya dengan salah seorang pengawal keselamatan disitu baru terjumpa tanda arah Pintu Masuk Utama.  En. Tarmizi dengan penuh bangga menunjukkan jalan yang benar sebelum kami tersesat jalan yang lebih berliku, kerana beliau yang mengambil tindakan segera untuk bertanya. 

Betullah pesan orang-orang lama "malu bertanya sesat jalan".  Macam mana tak sesat, cuba tengok Pelan Lokasi Muzium Terengganu dibawah.  Kalau rancang awal-awal nak ziarah kesini mesti dah download pelan lokasi ni.


 

Alhamdulillah, setelah berjalan lebih kurang 200 meter kami sampai ke jambatan yang menghubungkan jalan ke pintu utama muzium. 




Gambar-gambar diatas adalah pandangan luar dari jambatan ke pintu masuk.  Kelihatan pintu gerbang yang tersergam indah dengan ukiran melayu lama.  Nak naik tangga pun dah penat. Masuk dalam tak tahulah macam mana.  

Sedikit pengenalan berkenaan muzium terbesar di Malaysia ni:
Muzium Negeri Terengganu telah dirasmikan pada 20 April 1996 bersamaan 2 Zulhijjah 1416 oleh Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi billah Shah, Sultan Negeri Terengganu.  Ia Meliputi kawasan seluas 27 hektar dan mempunyai keluasan lantai keseluruhan berjumlah 75,075 meter persegi.
Terdiri daripada 4 blok bangunan Muzium Utama, kompleks ini juga mempunyai Muzium Maritim, 5 buah rumah tradisional serta kawasan lanskap.
Antara galeri yang terdapat di bangunan utama ialah Galeri Islam, Galeri Tekstil, Galeri DiRaja, Galeri Sejarah, Galeri Kraf, Galeri Petroleum dan Galeri Ilmu Kejadian.  Di Muzium Maritim pula terdapat 2 galeri iaitu Galeri Perikanan dan Taman Laut serta Galeri Pelayaran dan Perdagangan.



Kamera tak boleh nak bawak masuk dalam, so tak ada gambar dari dalam muzium.


Sebelum masuk, kena bayar dikaunter dulu RM5.00.  Mula-mula rasa berbaloi ke bayar? Lepas masuk dalam jujurnya tak sempat nak melawat semua tempat.


"Terima kasih En. Nazran yang baik budi kerana belanja kami ..... hehe..." En. Tarmizi tersenyum lebar....



"Jom balik..balik..."  En. Nazran mengamuk bila En. Tarmizi ajak pergi ke bangunan lain pulak...

Di pintu keluar.  Hampir 3 jam kami di dalam tetapi masih ada kawasan yang belum kami lawati.  Penatnya tak tahu nak digambarkan.


En. Nazran mencari posisi terbaik untuk koleksi gambar beliau.


Snap terakhir sebelum kami bergerak balik.


"Bila pulak boleh sampai sini lagi.... ada ketenangan yang sukar untuk digambarkan disini.."  En. Tarmizi sedih semasa perjalanan menuju ke parkir kereta. 

Paling menarik bagi saya di Muzium Terengganu ini adala kisah sejarah batu bersurat yang menceritakan sejarah kewujudan ajaran islam di Tanah Melayu.  

Baca sejarah Penemuan Batu Bersurat di Kuala Berang Terengganu.


Semoga catatan ini memberi manfaat kepada semua.  Bagi yang ingin mempelajari sejarah islam di Tanah Melayu, boleh berkunjung kesini kerana banyak perkara yang kita tak tahu terutama pengaruh ilmu tasawuf dalam alam melayu.

Saljuhumairah p/s: Promosi Muzium Terengganu.  

Rujuk: Laman Rasmi Muzium Terengganu.

0 Komentar untuk "Travelog ke Muzim Terengganu | Catatan Peribadi"

Majalah Solusi Digital

Back To Top