Proses dan Prosedur Rayuan Meneruskan Pengajian (RMP) UiTM

Proses Rayuan  Meneruskan Pengajian (RMP) UiTM

Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera

Baru-baru ini saya ada posting entry berkenaan Keputusan Peperiksaan Akhir Mac 2012 Diploma UiTM.  

Beberapa soalan muncul di Group FB Rakan HEA UiTM Kelantan berkenaan Proses Rayuan Meneruskan Pengajian (RMP) bagi pelajar yang gagal dalam keputusan.  Saya harap entry ini dapat membantu pelajar-pelajar berkenaan.

Jenis-jenis gagal (Diberhentikan)

Gagal disini bermakna diberhentikan daripada pengajian.  Merujuk Buku Peraturan Akademik UiTM Perkara 2.20.4 muka surat 26 diberhentikan terbahagi kepada beberapa jenis seperti berikut:


Bagi pelajar yang mendapat keputusan seperti diatas Proses dan Prosedur Rayuan adalah seperti berikut:


Perkara penting yang saya ingin highlight disini adalah: 
  1. Pelajar yang berada dalam kategori gagal dan diberhentikan D1 dan D2 tidak layak membuat rayuan.
  2. Rayuan boleh dibuat dalam tempoh empat belas hari (14) hari selepas keputusan diumumkan. (Jangan rujuk tarikh diatas kerana ini adalah contoh dari dokumen lama)

Sila fahamkan proses dan prosedur diatas dan terus rujuk ke kaunter HEA bagi proses seterusnya iaitu menghantar 3 salinan borang beserta resit.

Pelajar boleh mendapatkan borang dan maklumat lebih lanjut dengan melayari laman rasmi UiTM Cawangan Kelantan disini.

http://kelantan.uitm.edu.my/kotabharu/index.php?option=com_content&view=article&id=278&catid=111&Itemid=1

P/S: Sebenarnya semua proses diatas telah diperjelaskan didalam buku peraturan akademik yang diberi semasa pendaftaran akademik dalam minggu mesra pelajar di awal kemasukan.  Anda boleh rujuk buku tersebut dari masa ke semasa.

Anda boleh dapatkan buku peraturan akademik tersebut dalam bentuk softcopy disini.

Sumber asal: Laman Web UiTM Cawangan Kelantan

Semoga semua urusan kita semua dipermudahkan Nya.
0 Komentar untuk "Proses dan Prosedur Rayuan Meneruskan Pengajian (RMP) UiTM"

Majalah Solusi Digital

Back To Top