Ucapan Takziah Untuk Rakan | Hilmi Isa

Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera.

Saya mengenali Hilmi Isa semasa sama-sama mengendalikan program IFTDO 2005 di KLCC.  Saya mewakili fakulti Pengurusan Teknologi Pejabat (OM) di UiTM Shah Alam.  Beliau merupakan wakil dari fakulti Pendidikan (TESL).  Beliau terkenal dengan panggilan "Ustaz".

Lama tak berjumpa selepas habis program.  Akhir sekali sewaktu sewaktu berdiskusi dalam group edymart sebagai pembekal. (itu pun online jer). Rupa-rupanya beliau sekarang dah jadi seorang motivatior dan penulis buku motivasi yang terkenal.  

Pagi ni, saya terbaca status terkini di fb beliau.  Takziah diucapkan.  Semoga roh ayahanda beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh.


Ayahanda tercinta, Haji Mohd Isa Neemat telah kembali ke rahmatullah kerana strok pada Hari Selasa. Sekalian rakan beliau meluahkan perasaan kepada kami hinggakan ada yang berkata "Saya kenal beliau dah lama. Saya cakap betul, ni calon ahli syurga" (amin). Semasa mencium ayahanda buat kali terakhir, saya berbisik di telinga ayahanda bahawa perpisahan ini hanyalah perpisahan JASAD. Moga segala dakwah saya melalui training, ceramah, buku, majalah mengalir jua kepada ayahanda di atas usaha beliau mendidik saya selama ini....


Al-Fatihah untuk arwah.



Share |
0 Komentar untuk "Ucapan Takziah Untuk Rakan | Hilmi Isa"

Majalah Solusi Digital

Back To Top