Persoalan Berkenaan Bil Bayaran Pelajar UiTM

Saya kongsikan persoalan yang sering ditanya pelajar UiTM berkenaan bil bayaran.

Sumber: Bendari UiTM Shah Alam.


1.Dimana saya boleh dapatkan dan cetak Bil Pengajian saya?

Sila layari di http://bursary.uitm.edu.my/bilpelajar/ bagi mendapat dan mencetak bil pengajian.
  
2.Apa yang perlu saya buat jika Bil Pengajian saya tiada didalam web ?

Sila semak carta alir dihttp://bursary.uitm.edu.my/bilpelajar/cartaAlir.htm bagi tujuan diatas.
  
3.
Saya pelajar tajaan (MARA/KPM/KPT dan sebagainya), adakah saya perlu
hadir untuk pendaftaran dan membuat bayaran?

Pelajar yang ditaja perlu menyerahkan satu salinan surat perjanjian ke Zon Kewangan 16. Pelajar perlu membayar yuran pengajian kecuali dinyatakan di dalam surat perjanjian bahawa pihak universiti perlu menuntut daripada penaja. Pelajar ini perlu hadir ke Zon 16 bagi tujuan pengesahan penajaan.
  
4.Saya Cuti Khas (CK), di Gantung Pengajian atau menangguh pengajian
semester lepas, adakah saya perlu membuat bayaran pada semester ini?

Pelajar yang diluluskan Cuti Khas, DiGantung Pengajian atau menangguh
pengajian perlu membayar semula semua jumlah pengajian yang telah
ditetapkan oleh pihak universiti. Bagi pelajar yang telah membayar yuran pada semester CK, Gantung Pengajian, Tangguh Pengajian yuran Kekal Status sebanyak RM45 (Sepenuh Masa) atau RM35.00(PLK) tidak dikenakan. Sila berhubung dengan Zon Kewangan 16 bagi tujuan mendapatkan Bil Pengajian
  
5.Saya ingin membayar yuran melalui KWSP. Bagaimana prosedurenya?

Hanya pelajar yang tidak mendapat apa apa tajaan sahaja layak mengeluarkan caruman KWSP bagi tujuan bayaran yuran pengajian. Kadar adalah bagi yuran sebenar untuk semester semasa dan semester sebelumnya untuk bil atau bayaran yang dibuat dalam tempoh setahun. Sila ke Zon Kewangan 16 bagi mendapatkan Surat Pengesahan Pelajar yang akan dikepilkan bersama surat permohonan ke KWSP.
  
6.Saya ingin BERHENTI/BERCUTI (CK) daripada pengajian di UiTM. Adakah
saya boleh mendapat semula yuran pengajian saya yang telah dibayar?

Pekeliling Jawatankuasa Kewangan & Pembangunan JKP Bil 150 bertarikh 13 Febuari 2007 adalah dirujuk. Pelajar yang telah membayar yuran pengajian, mendaftar kursus atau memohon selepas tarikh pendaftaran rasmi UiTM tidak layak mendapat pemulangan semula atau membawa kehadapan yuran pengajian yang telah dibayar.



Sekiranya bil pembayaran tiada dalam student portal rujuk gambar dibawah:



Share |

0 Komen:

Catat Ulasan

PERCUMA Masukkan EMAIL Anda:

Tajaan FB

Hisham Mohamad

Komen Terkini

Tetikus dan Papan Kekunci

Google+ Followers

Followers

My Ping in TotalPing.com blogr.my Blogged.my Powered by Mysiterank Ping your blog, website, or RSS feed for Free