Konsert ROS | Rhythm Of the Soul | Di Bawah Langit Mu

Saya ingin kongsikan konsert menarik untuk sama-sama kita hadiri.

Buat julung-julung kalinya iLuvislam Radio mengadakan konsert yang menggabungkan artis Opick dari Indonesia bersama pengalun Zikir terkenal Malaysia dalam sebuah konsert khas yang di beri nama “Rhythm Of the Soul” (siri pertama) dan pertama kali konsep seperti ini diketengahkan di Malaysia.
“Rhythm Of the Soul” atau dalam bahasa Melayu bermaksud Irama Jiwa. Tema ini di ketengahkan kerana ummat Islam haruslah perbanyakkan zikir dan bertasbih dan nyata seperti dalam ayat Al-Quran “Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tidak ada suatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyantun lagi Maha pengampun”. (Al-Israa 17:44)
  • Dalam Al-Quran surah Ar-Ra’d ayat ke 28 tafsirnya: “Ketahuilah dengan ‘dzikirullah’ itu, tenang tenteramlah hati manusia” Antara ayat yang paling jelas yang menunjukkan bahawa zikir itu adalah satu tuntutan dan perintah dari Allah Ta’ala adalah ayat 41 dari su- rah al-Ahzab yang bermaksud : ”Wahai orang-orang yang beriman, (untuk bersyukur kepa- da Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak- banyaknya; dan bertasbihlah kamu kepadaNya pada waktu pagi dan petang.”
  • Dan guruh itu bertasbih dengan memuji Allah, (demikian pula) para malaikat kerana takut kepadaNya.(Ar-Ra’d: 13)
  • Matahari dan bulan (beredar) menurut perhitungan. Dan bintang-bintang dan pohon-pohon kedua-duanya sujud kepada Nya. (Ar-Rahman 55:5-6)
OBJEKTIF
  • Menggalakkan ummat Islam untuk setiasa berzikir dan bertasbih kepada Allah.
  • Zikir adalah suatu jalan untuk mendekatkan kita dengan Allah dan menjadikan kita selalu diingat Tuhan kita walaupun berada di dalam sebuah konsert.
  • Merupakan konsert pertama seumpama ini yang mengumpulkan pengalun zikir terkenal di Malaysia.
  • Menyatukan ummah dalam sebuah majlis / konsert seumpamanya tidak kira berbeza latar belakang.
Artis yang dijemput.






Lokasi konsert ROS

Anjuran iLuvislam Radio

Dewan Muktamar,
Menara Pusat Islam JAWI,
Jalan Perdana,
50480 Kuala Lumpur


 Maklumat lanjut.  Boleh Layari : ROS - RHYTHM OF THE SOUL

Share |
0 Komentar untuk "Konsert ROS | Rhythm Of the Soul | Di Bawah Langit Mu"

Majalah Solusi Digital

Back To Top