SYARAT SYARAT AM PERMOHONAN KE UNIVERSITI

Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera

Saya ingin berkongsi dengan anda semua syarat-syarat AM permohonan kemasukan ke universiti.  Ramai calon atau bakal mahasiswa yang masih belum tahu berkenaan syarat-syarat am ini.  
Oleh itu, pastikan anda memenuhi syarat-syarat ini sebelum membuat permohonan bagi mengelakkan kerugiaan kuota.  

Proses pemilihan calon sekarang menggunakan sistem, sekali lagi saya nak sebut "SISTEM.." 

Bila sebut pasal Sistem, ia bertindak secara automatik dan tidak mempunyai budibicara yang boleh memahami perasaan anda.  

Sistem akan membuat tapisan berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan.  

Bagi yang tidak memenuhi syarat, sistem secara automatiknya "reject" permohonan anda.  

Dengan bahasa yang lebih mudah, jangan memohon sekiranya tidak memenuhi syarat.

Calon Lepasan SPM/Setaraf

Lulus SPM / setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya 5 kepujian
Kepujian dalam Bahasa Melayu / Malaysia

Calon Lepasan STP

Lulus SPM / setaraf dengan baik
Kepujian dalam Bahasa Melayu / Malaysia di peringkat SPM/ setaraf
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam Pengajian Am dan Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain
Mengambil Malaysian University English Test (MUET)

Calon Lepasan Matrikulasi

Lulus SPM / setaraf dengan baik.
Kepujian dalam Bahasa Melayu / Malaysia di peringkat SPM/ setaraf
Lulus Matrikulasi KPM/ Asasi Sains UM/ Asasi Undang-Undang KPTM dengan sekurang-kurangnya mendapat PNGK 2.00
Mengambil Malaysian University English Test (MUET)

Calon Lepasan Diploma

Lulus SPM / setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya 5 kepujian
Kepujian dalam Bahasa Melayu / Malaysia di peringkat SPM/ setaraf
Mempunyai kelulusan Diploma atau kelulusan setaraf dan diluluskan oleh Senat Universiti
Mengambil Malaysian University English Test (MUET)

p/s: Layakkanlah diri anda sebelum membuat permemohonan.

Maklumat lebih lanjut boleh terus ke Laman Web UiTM

Tag : UiTM
10 Komentar untuk "SYARAT SYARAT AM PERMOHONAN KE UNIVERSITI"

Assalamuqlaikum,saya dari petaling jaya,saya memiliki diploma pengurusan sumber manusia di sebuah kolej swasta,saya belom ambil Muet,boleh ka saya memohon untuk melanjutkan pejalajaran saya di uitm?

APA syarat kemasukan ipta

Syarat spm

bolehkah saya mengambil diploma jika saya berumur 23 tahun

Assalamualaikum, mf meganggu, saya pelajar lepasan STPM 2014, dan telah memohon UITM sesi 2 2016, syarat am saya alhamdulilah lepas, tetapi syarat khas saya gagal, kerana Bahasa Inggeris dlam spm saya gagal...adakah saya tidak dipertimbngkn atau terus direject..kerana syarat khas kos tidak lulus

Kak, says x faham sangat tentang 5 kepujian tu. Blh jelaskan lebih lanjut

melanjutkan pelajar ni tidak mengira usia :)

Maksudnya anda perlu memperolehi sekurang-kurangnya 5 subjek yang mendapat kepujian termasuk Bahasa Melayu baru boleh melayakkan anda memohon. Kalau bawah dari 5 kepujian langsung tidak boleh memohon.

Terima kasih atas maklumat ni. Saya calon SPM 2016.Saya ada soalan, adakah markah kokurikulum juga diambil kira? Mohon penjelasan.

Back To Top