Gaji Lepasan SPM RM1,800 | Kerja Dengan CUEPACS

Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera.

Saya ingin berkongsi berita yang hangat dibincangkan di meja-meja bulat kedai kopi sambil main dam.  Sebenarnya berita hangat ini dah lama dah.  Dah menjadi suam.  Tetapi saya ingin anda berfikir sejenak disebalik berita yang dipetik dari laman blog cuepacs ini.

Apa yang anda simpulkan dari permohonan yang cuepacs tuntut ni.  Yang menjadi hairan dan pelik, kenapa pakcik tua yang tak bekerja lepak di kedai tutut membentangkan tajuk ini di persidangan meja bulat mereka?  Fikir-fikirkan lah....

Petikan artikel ini diambil dari sini.

CUEPACS TUNTUT KENAIKAN GAJI RM700-RM2,500 UNTUK GRED 1 HINGGA GRED 54

Bernama
23/2/2012
PUTRAJAYA, 22 Feb (Bernama) -- Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menuntut kerajaan memberi kenaikan gaji antara RM700 hingga RM2,500 untuk Gred 1 hingga Gred 54.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata kenaikan itu perlu dilaksanakan terlebih dahulu menerusi skim sedia ada iaitu Skim Saraan Malaysia (SSM) sebelum sebarang pembaharuan dibuat menerusi Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).
Beliau berkata tuntutan yang dikemukakan ialah untuk Gred 1 hingga 16 kenaikan sebanyak RM700, Gred 17 hingga Gred 26 (RM1,000), Gred 27 hingga Gred 40 (RM1,500), Gred 41 hingga Gred 48 (RM1,800) dan Gred 52 hingga Gred 54 (RM2,500).

"Misalnya bagi mereka yang berada di Gred 17, gaji semasa dalam SSM ialah RM820 perlu dinaikkan sebanyak RM1,000 kepada RM1,800," katanya kepada pemberita selepas membentangkan kertas cadangan Cuepacs pada mesyuarat pasukan petugas semakan semula SBPA di sini Rabu.

Omar turut mencadangkan agar mereka yang berada di tangga gaji tahap maksimum atau pada tangga gaji mati perlu dibayar tunggakan kenaikan tahunan selama mana mereka tidak menikmati sebarang kenaikan selain perlu dinaikkan gred.

-- BERNAMA

PEGAWAI TERTINGGI CUEPACS

SESI 2010-2013

PRESIDEN

PRESIDEN
DATO' HAJI OMAR OSMAN

TIMB. PRESIDEN I

TIMB.  PRESIDEN I
SDRA. AZIH MUDA

TIMB. PRESIDEN II

TIMB. PRESIDEN II
SDRA ZAINAL ISMAIL

SETIAUSAHA AGUNG

SETIAUSAHA AGUNG
SDRI LOK YIM PHENG

TIMB. SETIAUSAHA AGUNG I

TIMB. SETIAUSAHA AGUNG I
SDRA ADNAN MAT

Share |

5 Komen:

  1. kenaikan yg besar, tuntutan cuepac mengambil kira kenaikan kos sara hidup yg semakin tinggi.

    BalasPadam
  2. Gaji nak naik, kerja tak semenggah. Asik melepak dikedai kopi je.

    BalasPadam
  3. aduh tau lar cikgu kje sempoi gji msyuk cuti banyak padan r sedap cakap x pk lak yang keje programmer engineer bagai2 lain lagi yng idup mmg jd hambe kje je lain kali cakap biar berakal baru boleh nk ajar anak2 aku kt sekolah tu wat sakit ati kami yang lain je haih...

    BalasPadam
  4. ye le cikgu.. kami keja lepak kedai kopi je.. cikgu je bgs mengajar anak murid sampai pandai.. Syukur syukur...

    BalasPadam

Hisham Mohamad