Kerja Sambilan Dengan Instagram

Kata-kata hikmah ringkas tapi bermakna | Ingat Mati

Assalamualaikum w.b.t & salam sabtu.  
Hari sabtu yang syahdu ni saya nak kongsi kata-kata hikmah yang jumpa di sebuah Masjid selepas balik dari Pantai Cahaya Bulan (PCB), Kota Bharu, Kelantan 3 hari lepas.


 "Jangan Tertinggal Jam Anda"

Sebenarnya, ia lebih kepada pesanan.  Ramai yang tak perasan, tapi ia sangat penting untuk kita belajar menjaga harta benda kita. Jam merujuk kepada masa. Dan masa adalah sesuatu yang sentiasa meninggalkan kita.  Sampai masa kita habis, kita semua akan mati.  Teringat lirik lagu Opick "..bila waktu tlah memenggil ....teman sejati hanyalah amal... bila waktu telah terhenti... teman sejati tingallah sepi....."

Firman Allah yang bermaksud "Setiap yang bernyawa akan merasai mati dan sesungguhnya pahala kamu akan dibalas pada hari Khiamat." Surah Ali Imran ayat 185. Rasulullah SAW bersabda "Sebelum berlakunya Hari Qiamat, akan terdapatnya kematian yang amat menakutkan dan kemudian dari itu berlakulah tahun-tahun gempa bumi" Dipetik dari: Usaha Taqwa

Saya selalu singgah di Masjid ini sekiranya berkunjung ke Pantai Cahaya Bulan, Kelantan.   Masjid ini diberi nama sempena Sultan Kelatan sebelum ini iaitu Masjid Sultan Ismail Petra. Kampung Banggol 15350 Kota Bharu, Kelantan.

Lokasi masjid ini betul-betul terletak di tepi jalan memudahkan pengunjung singgah. Cuma, ruangan parkir yang terhad.  Lanskap masjid ini sangat menarik dengan tumbuhan-tumbuhan hiasan dan pokok-pokok yang hijau memenuhi laman masjid. 

Saya sempat mengambil beberapa keping gambar sebelum bergerak balik.  Turut terakam dalam kamera handset sony adalah kenderaan terakhir yang bakal kita semua naik didunia.








p/s: Ingat mati adalah motivasi diri yang paling hebat kesannya..

Share |

0 Komen:

Catat Ulasan

Masukkan EMAIL Anda Info Terkini Kerja Sambilan Dirumah:

FB

Jumlah Kunjungan

Hisham Mohamad

Google+ Followers

My Ping in TotalPing.com blogr.my Blogged.my Powered by Mysiterank Ping your blog, website, or RSS feed for Free