LAZADA

GADGET MURAH@LAZADA

Kata-kata Hikmah | Dato' Dr. Fadzilah Kamsah


Assalamualaikum w.b.t.

Dah lama saya tidak berkongsi kata-kata hikmah sebagai motivasi kelangsungan hidup.  Saya ingin berkongsi email yang saya rasa sangat berguna untuk diri saya sendiri dan semua... harap bermanfaat.

Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata......


" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu 
( tak kira masih hidup @ telah tiada )".......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu...


Berdasarkan Hadith Nabi :

"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Huraian hadith:


- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )

- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)

- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah

- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ....tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita, termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong
kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)

- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah

Kesimpulannya:

- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris.....Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari

- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)

Sama2 kita berdoa untuk kedua ibu bapa kita - ALFATIHAH UNTUK MEREKA.


Share |

3 Komen:

  1. Dato' Dr. Fazilah Kamsah memang speaker motivasi yang hebat.
    Thx for sharing :-)

    Idea menarik! - Hadiah, Bajet dan Perancangan

    BalasPadam
  2. Asalamualaikum, terima kasih diatas perkongsian ilmu yang berguna.

    BalasPadam
  3. terima kasih atas perkogsian ini..

    BalasPadam

Masukkan EMAIL Anda Info Terkini Kerja Sambilan Dirumah:

FB

Hisham Mohamad