100% Percuma Melanggan

About Me

Foto Saya

I love Reading Books, Bloging and Business Online

8 Cara Menarik Perhatian Pembeli | Tips Berniaga Online & Offline

Assalamualaikum w.b.t. dan salam jumaat.  Semoga di hari penghulu segala hari kita semua mendapat keberkatan Nya.


Saya ingin berkongsi dengan semua berkenaan motivasi niaga tips-tips untuk kelihatan menonjol di mata ramai bagi usahawan.  Sebagai usahawan, perhatian ramai sangat penting sebagai kaedah pemasaran.  Produk bagus tapi orang tak kenal...tak kemana... Produk biasa-biasa, tapi marketing power... tetap laris...


Rujukan artikel ini dari: I am a plain paper


Ramai di antara kita yang menyangka bahawa kita harus mencapai sesuatu kejayaan dalam hidup untuk kelihatan menonjol di mata orang ramai. Tetapi, melalui pengalaman saya, saya dapati bahawa perkara-perkara kecil yang kita lakukan secara berterusan itulah yang lebih penting. Saya ingin berkongsi dengan anda 8 cara yang saya dapati dapat membantu anda menonjolkan diri. Ada di antaranya merupakan pengalaman saya sendiri, dan ada juga yang saya nampak melalui pemerhatian saya kepada mereka yang saya kagumi dan hormati. Buatlah senarai anda sendiri dan bandingkan, tetapi tujuan utama latihan ini ialah untuk menggabungkan panduan-panduan ini dalam kehidupan seharian dan kunci kepada kejayaannya ialah dengan mengamalkannya.


1. Amalkan membuat susulan lanjut dengan segera. Ia kedengaran mudah, bukan? Mengikut pengalaman saya, dan menurut kajian, 67% daripada mereka yang terlibat dalam perniagaan tidak membuat susulan lanjut. Tahukah anda bahawa transaksi jualan tidak berlaku hinggalah selepas cubaan yang keenam, ketujuh dan kelapan? Hanya sedikit sahaja penjualan berjaya dilakukan selepas beberapa percubaan pertama. Walaupun begitu, hanya tiga peratus wakil penjual yang membuat susulan lanjut lebih daripada dua kali. Tidak kira apa sahaja jenis perniagaan yang anda lakukan, jika ia melibatkan jual beli, menandatangani kontrak, atau perhubungan awam, cara terbaik untuk menonjolkan diri ialah dengan membuat susulan lanjut dengan segera, mengikuti perkembangan, tekun dan bersemangat juang. Jangan putus asa jika cadangan anda ditolak, teruskan membuat susulan! Seseorang pernah berkata, “perkataan ‘tidak’ hanyalah suatu permohonan untuk mendapatkan maklumat!”
2. Meluangkan masa untuk membalas panggilan mereka yang meninggalkan pesanan untuk anda juga penting. Ini menunjukkan adab sopan yang baik. Cuba ingat, berapa banyak kali kita telah mengabaikan e-mel atau pesanan di peti simpanan suara kecuali kita tahu dengan tepat mengapa mereka menghubungi kita. Walaupun kita tahu apa yang mereka mahu, kita masih lagi gagal memberikan respon yang sepatutnya. Ini bukan sahaja dianggap sebagai kurang sopan, tetapi juga tidak baik untuk perniagaan. Berapa banyakkah perhubungan yang kita lepaskan hanya kerana kita tidak membalas panggilan atau pesanan? Mereka yang menonjol di mata ramai ialah mereka yang meluangkan masa untuk memberi respon.
3. Apabila anda bercakap dengan orang lain, beri mereka 100% perhatian. Tidak ada yang lebih menyakitkan hati daripada mereka yang mempunyai agenda mereka sendiri dan hanya menunggu masa untuk menyampuk dan menyampaikan maksud mereka atau mengubah topik perbualan kepada diri mereka sendiri. Perbaikilah kemahiran mendengar anda. Kebanyakan orang bukannya pendengar yang baik. Saya dapati bahawa anda dapat lebih faedah dengan menjadi pendengar yang baik daripada menjadi jurucakap yang baik. Tunjukkan minat terhadap orang lain dan pendapat mereka. Anjurkan soalan-soalan terbuka. Dale Carnegie pernah berkata, “Untuk menjadi seorang yang menarik di mata orang lain, anda hendaklah terlebih dahulu menunjukkan minat terhadap mereka.” Itulah kata-kata bernas daripada seorang yang bijak dan matang.
4. Amalkan menghantar nota atau kad bertulis tangan kepada seseorang yang telah membuat pesanan, memberi rujukan, atau mereka yang melayan anda dengan baik dan bersopan dan mereka yang telah membantu anda. Ia hanya mengambil masa beberapa minit sahaja, tetapi sungguh bermakna kepada penerimanya, terutamanya di zaman e-mel dan pesanan ringkas seperti hari ini. Saya tidak tahu mengenai anda, tetapi saya begitu menghargai apabila seseorang meluangkan masa dan tenaga untuk menulis surat atau kad kepada saya, melekatkan setem dan menulis nama saya di atas sampul surat. Ianya sangat peribadi bagi saya, dan membuatkan saya berasa bahawa saya bukanlah hanya satu nama daripada senarai pelanggan. Mungkin saya hanya memperbesar-besarkan perkara ini, tetapi daripada respon yang saya terima daripada orang lain, mereka juga menghargainya.
5. Orang menjangkakan sesuatu yang boleh dijangkakan daripada anda. Mengapa tidak membuat sesuatu yang tidak dijangka? Adakah anda menghargai mereka yang atas sebab-sebab tertentu tidak membuat pesanan, tidak memberikan anda kontrak atau tidak membeli dari anda? Ingat, bukankah mereka telah membenarkan anda membuat pembentangan? Adakah anda menghargai mereka yang menolak permohonan anda, tetapi sekurang-kurangnya memberi peluang kepada anda menduduki temuduga? Kebanyakan dari kita tidak ada masa atau disiplin untuk melakukannya. Anda mungkin kehilangan jualan, jawatan atau kontrak, tetapi ia tidak bermakna ada tidak berpeluang untuk selama-lamanya. Jangan putus asa, fikirkan jangka panjang, fikirkan tentang perhubungan yang mungkin anda bina, dan rangkaian yang anda bina untuk masa depan. Jangan hanya fikirkan mengenai kerugian ataupun ego anda sahaja!
6. Jika anda menjadi ahli sesebuah persatuan atau kumpulan sama ada kumpulan perseorangan atau profesional, termasuklah kumpulan keagamaan, libatkan diri anda dengan aktif. Jangan libatkan diri kerana anda inginkan pulangan untuk diri sendiri, tetapi buatlah kerana anda mahu menyumbang. Orang akan menghormati dan menghargai anda, dan mereka akan memandang dan melayan anda dengan baik. Anda juga akan merasa puas hati kerana dapat melibatkan diri dan menyumbang kepada sesuatu yang anda percaya. Dan dalam proses ini, ada dapat belajar menjadi seorang ketua, dan bukan sekadar ahli biasa.
7. Luangkan sekurang-kurangnya satu jam sehari untuk perkembangan diri dan profesional anda. Anda boleh mengambil satu jam sekaligus, atau pecahkannya kepada beberapa segmen mengikut keperluan dan jadual anda. Gunakan waktu itu untuk membaca buku, contohnya autobiografi seseorang tokoh yang anda kagumi ataupun buku perniagaan, dengar kaset yang mengandungi kata-kata hikmat daripada pakar di dalam bidang tertentu di mana anda mahu perbaiki, baca ruangan di Internet yang mengandungi kata-kata hikmat atau cara-cara untuk memotivasi diri anda atau yang memberi inspirasi dan cabaran kepada anda. Luangkanlah sedikit masa dari jadual anda yang ketat kerana perkara ini sangat penting bagi perkembangan diri anda. Selama beberapa tahun semasa saya membesar di England, apa yang saya baca hanyalah ruangan sukan di akhbar. Sungguh membuang masa. Saya menyesal kerana tidak menggunakan waktu itu untuk memperbaiki diri saya. Saya tidak bermaksud bahawa anda tidak harus membaca ruangan sukan atau membaca buku fiksyen yang bagus atau apa sahaja yang menjadi kegemaran anda. Kita semua perlu meluangkan masa untuk diri sendiri, tetapi kita juga hendaklah membuka mata dan fikiran kita kepada idea-idea baru dan bidang-bidang yang boleh membantu memperbaiki diri. Jangan anggap pendidikan itu sebagai membuang masa, tetapi anggaplah ia sebagai pelaburan dalam bentuk masa. Ilmu pengetahuan ialah harta yang sangat bernilai apabila diamalkan dengan betul. Jangan berhenti belajar sesuatu yang baru.
8. Buat satu perkara baru setiap hari. Ambil peluang membuat sesuatu yang sentiasa ingin anda lakukan. Jangan takut pada penolakan, atau orang lain berkata tidak kepada anda, dan pada kegagalan. Mereka yang menonjol di mata ramai adalah mereka yang bersedia mengambil risiko. Saya tidak bermaksud menyuruh anda membuat sesuatu yang radikal atau membuta-tuli, tetapi anda boleh mengambil risiko dengan munasabah. Kita semua mempunyai pilihan dan keputusan untuk dibuat setiap hari. Kita semua tahu apa yang hendak kita buat dan apa yang kita perlu buat. Ambil sedikit risiko, buat sesuatu yang lain daripada yang lain dan jadikan impian anda satu kenyataan. Semasa saya bekerja sebagai jurujual profesional, ketua saya sering berkata selepas setiap mesyuarat: “Adakah anda mahu mengambil jalan selamat dan menjadi seorang jurujual yang baik, atau adakah anda mahu mengambil peluang dan risiko yang ada dan menjadi seorang jurujual yang hebat.”



Share |

1 Komen:

LAZADA

PERCUMA Masukkan EMAIL Anda:

Tajaan FB

Hisham Mohamad

Komen Terkini

Tetikus dan Papan Kekunci

Google+ Followers

Followers

My Ping in TotalPing.com blogr.my Blogged.my Powered by Mysiterank Ping your blog, website, or RSS feed for Free

BERITA SEMASA