Resepi Rahsia Daging Kari Minangkabau | Juadah Bersahur Ramadhan ke-7

Malam ini kami bergotong-royong ramai-ramai menyediakan bahan-bahan untuk juadah bersahur.  Terasa macam persediaan untuk sebuah majlis kenduri lah pulak.

Chef Aidil Zaquan selaku ketua tukang masak malam ini dah meracang strategi.  Kami membatu memotong daging, bawang, perah santan dan menumbuk bahan-bahan tumisan.  Semuanya kami buat beramai-ramai.  Enjoy!

Menurut Chef, dia nak masak kari daging istemewa ala Negori Sembilan.  Al-maklumlah, beliau dari keturunan Minangkabau.  Malam ini, dia mewariskan petua untuk melembutkan daging.  Katanya, petua ini adalah warisan turun-temurun keluarganya.

Aku tak boleh nak dedahkan resepi daging kari Chef Aidil Zaquan kat sini.  Kalau korang nak, tanya dia sendiri.  Resepi kari daging ini adalah rahsia keluarganya.

Malam ini, dah malam ke-7 kami bersahur dengan masak sendiri.  Terasa meriah ramadhan kali ini.  Erm.. amalan pulak? macam mana? Tak kan definisi ramadhan kali ini hanya makan? Fikir-fikirkan lah...

Selamat bersahur...

0 Komen:

Catat Ulasan

Hisham Mohamad