10 Novel Paling Popular




Tadi aku terbaca (tak sengaja) Berita Harian minggu lepas yang bertarikh 7 Jun 2011.  bahagian sastera. muka surat 15.  

10 buku fiksyen pilihan pembaca. 

Kenapa Popular? sebab 10 buku fiksyen ni berjaya memasuki carta Anugerah Pilihan Pembaca Popular-Berita Harian 2011. Anugerah ini adalah bersempena pesta buku anjuran Popular Book Co (M) Sdn Bhd (Popular), Bookfest@Malaysia.

Dalam kesepuluh novel yang tersenarai hanya satu novel jer yang ada dalam rumah aku.  Korang tengok yang berwarna merah.  Aku pernah buat entry tentang novel ni.  Kalau korang nak baca cari sendiri atau tapi judul buku tersebut dalam ruangan search kat sebelah atas kanan blog aku.
Senarai buku yang popular tu:

  1. MASIH SETIA (Aisya Sofea)
  2. LAFAZKAN KALIMAH CINTAMU (Siti Rosmizah)
  3. 2X5 (Areila Sahimi)
  4. CINTA SUFI (Ramlee Awang Murshid)
  5. CINTA TIGA SUKU (Herna Diana)
  6. PERGILAH AIR MATA (Hanni Ramsul)
  7. COKE & SUNDEA (Ilya Abdullah)
  8. SEPUPUKU SUAMIKU (Lynn Allyna)
  9. SAAT KAU KATA CINTA (Anis Ayuni)
  10. BUKAT TAK SUDI (Mimie Afinie)
Hanya novel CINTA SUFI karya Ramlee Awang Murshid yang ada dalam simpanan aku.  Yang lain aku tak pernah menjamah.  Mungkin aku lebih melihat kepada penulis didalam pemilihan bahan bacaan.  Atau persepsi aku terhadap buku buku lain hanya cerita cinta biasa.  Tak tahulah kerana aku tak pernah membaca.  Aku boleh dikatakan diskriminasi terhadap penulis.  Hanya penulis-penulis tertentu sahaja yang boleh mendorong aku untuk membaca dan membeli novel.  Harap-harap CINTA SUFI berjaya memenangi anugrah popular ini.
http://www.lizarazak.com/wp-content/uploads/2010/05/Cinta-Sufi.gif
Jom Shopping Buku, Novel, CD, VCD kat kedai buku Maya Ambo...:
Klik link kat bawah ni, macam-macam buku ada..pilih saja.. 
http://mystormwarrior.com/hisham sila hubungi: 012-2420437 [saljuhumairah] untuk pertanyaan dan urusan pembelian/tempahan

0 Komen:

Catat Ulasan

Hisham Mohamad